Bagaimanakah cara untuk saya menambah Akaun Kegemaran pada aplikasi Boost Bank?
| Untuk menambah akaun sebagai Kegemaran dalam aplikasi Boost Bank anda, sila ikuti langkah berikut: 1. Selepas transaksi berjaya, ketik “Save as Favourite” untuk memulakan proses. 2. Maklumat penerima akan ditarik daripada transaksi yang telah dilakukan sebelum ini. Anda hanya perlu menambah butiran lain seperti: Nama Panggilan dan Tag Kegemaran. 3. Masukkan nama panggilan untuk akaun kegemaran ini. 4. Pilih Tag untuk menandakan kategori akaun kegemaran tersebut. 5. Semak ringkasan butiran akaun kegemaran, kemudian tekan “Sahkan” untuk meneruskan. |