Bagaimanakah cara untuk saya membuat pindahan daripada akaun Boost Bank ke akaun lain yang dipautkan dengan nombor mudah alih?
| Untuk membuat pindahan wang daripada akaun Boost Bank anda ke akaun lain yang dipautkan dengan nombor mudah alih, sila ikuti langkah berikut: 1. Pada papan pemuka, ketik ikon “Transfer”. 2. Pilih “Mobile” untuk pindahan. 3. Masukkan nombor mudah alih penerima. Anda juga boleh ketik ikon “Contact Book” untuk akses kepada senarai kenalan telefon anda. 4. Masukkan butiran pindahan yang diminta pada skrin dan ketik “Next”. 5. Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan. 6. Anda boleh mengisi maklumat rujukan pindahan dan sahkan butiran sebelum meneruskan. 7. Luluskan pindahan tersebut. 8. Skrin “Success” akan dipaparkan sebagai pengesahan bahawa pindahan telah selesai. |