Bagaimana saya boleh melindungi akaun saya daripada penipuan atau scam?
| Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi akaun Boost Bank anda daripada penipuan atau scam: 1. Lindungi maklumat peribadi anda – Jangan kongsi ID log masuk, PIN atau OTP dengan sesiapa. Boost Bank tidak akan meminta maklumat ini. - Jika anda sudah berkongsi secara tidak sengaja, segera tetapkan semula PIN anda. 2. Waspada cubaan 'phishing' – Jangan buka mesej, pop-up, pautan atau lampiran daripada sumber tidak dikenali. Jangan balas e-mel/SMS/WhatsApp yang meminta butiran peribadi, termasuk OTP atau maklumat log masuk. 3. Pastikan peranti anda selamat – Elak log masuk atau buat transaksi menggunakan komputer/rangkaian awam. - Jangan masukkan maklumat bank pada aplikasi/laman web yang meragukan. - Sentiasa kemas kini sistem operasi & aplikasi, dan hanya muat turun aplikasi daripada App Store/Play Store rasmi. |