Siapa yang patut saya hubungi jika saya mengesyaki berlaku penipuan pada akaun Boost Bank saya?
Jika anda perasan ada transaksi yang tidak dikenali pada akaun Boost Bank anda, segera bekukan akaun dan hubungi khidmat pelanggan kami melalui saluran berikut:
(i) Hotline: Umum (+603 8658 3000); Penipuan (+603 8658 3033)
(ii) E-mel: support@myboostbank.co
(iii) Borang Web: https://myboostbank.zendesk.com/hc/ms-my/requests/new
Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, sila buat laporan polis. Kami mungkin memerlukan salinan laporan tersebut untuk tujuan siasatan.