Bagaimanakah cara untuk saya memindahkan wang daripada akaun Boost Bank ke akaun bank lain?
| Untuk membuat pindahan wang daripada akaun Boost Bank anda ke akaun bank lain, sila ikuti langkah berikut: 1. Pada papan pemuka, ketik ikon “Transfer”. 2. Pilih “Other Account via DuitNow” untuk pindahan. 3. Pilih jenis pindahan pilihan anda: akaun bank, nombor telefon mudah alih, atau MyKad. 4. Masukkan butiran pindahan yang diminta pada skrin dan ketik “Next”. 5. Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan. 6. Anda boleh mengisi maklumat rujukan pindahan dan sahkan butiran sebelum meneruskan. 7. Luluskan pindahan tersebut. 8. Skrin “Success” akan dipaparkan sebagai pengesahan bahawa pindahan telah selesai. |