Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini butiran peribadi saya dalam aplikasi Boost Bank?
Untuk mengemas kini maklumat akaun Boost Bank anda, sila ikuti langkah berikut:
1. Ketik ikon “Profile”
2. Ketik “My Info”
3 Anda akan diminta untuk memasukkan nombor PIN anda
4. Setelah disahkan, klik butang edit di sebelah butiran yang ingin anda kemas kini
5. Edit maklumat hubungan, pekerjaan atau alamat anda
Jika anda memerlukan bantuan lanjut untuk membuat perubahan selepas akaun anda diaktifkan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan kami di support@myboostbank.co untuk bantuan.