Bagaimanakah cara untuk saya menambah wang ke dalam akaun Boost Bank saya?
Untuk menambah wang ke dalam akaun Boost Bank anda, sila ikuti langkah berikut:
Tambah Wang melalui Perbankan Atas Talian
1. Dari halaman papan pemuka akaun anda, ketik ‘Add Money’.
2. Masukkan jumlah yang anda ingin tambah dan pilih bank pilihan anda daripada senarai.
3. Ketik ‘Next’ dan anda akan dibawa ke laman bank pilihan anda untuk meneruskan pindahan.
4. Setelah anda melengkapkan pindahan, skrin ‘Successful’ akan dipaparkan. Jumlah wang yang anda masukkan akan dipaparkan dalam baki akaun Boost Bank anda.