Bagaimanakah cara untuk saya menetapkan semula PIN Boost Bank saya?
Untuk menetapkan semula PIN Boost Bank anda, sila ikuti langkah berikut:
1. Ketik ikon ‘Profile’
2. Ketik ‘Security’, kemudian ketik ‘PIN’
3. Anda akan diminta untuk melakukan pengesahan identiti.
4. Setelah identiti anda disahkan, anda akan diminta untuk memasukkan nombor PIN baharu.
5. Sahkan semula nombor PIN anda dan klik “Save Changes”. PIN baharu anda kini sedia untuk digunakan!
Nota: Pastikan nombor PIN anda tidak mengandungi lebih daripada tiga nombor berturutan atau nombor yang berulang.