Mengapakah pengesahan akaun Boost Bank saya ditolak?
Terdapat beberapa sebab mengapa pengesahan akaun anda mungkin ditolak. Antara sebab yang berkaitan dengan dokumen yang anda hantar ialah:
- MyKad terlalu gelap
- Pantulan pada MyKad
- Swafoto / Video terlalu gelap
- MyKad rosak
- Tiada imej belakang MyKad
- Dokumen tidak sah (tangkapan skrin / salinan)
- Imej MyKad kabur
- Imej MyKad tidak lengkap
Sila pastikan anda menghantar dokumen yang betul semasa proses pengaktifan akaun.
Sekiranya masalah berterusan, sila hubungi pasukan sokongan kami di support@myboostbank.co untuk bantuan.