Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan akaun Boost Bank?
Setelah proses pendaftaran selesai, anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun anda.
Untuk mengaktifkan akaun Boost Bank anda, anda perlu melakukan pemindahan dana dari akaun bank sedia ada anda ke akaun Boost Bank anda, mengikut langkah-langkah berikut:
1. Salin nombor akaun bank Boost anda dan kod Reference 2 atau Other Payment Details yang dipaparkan di skrin.
2. Mulakan aplikasi bank sedia anda dan mulakan pemindahan dana ke dalam akaun bank Boost anda.
3. Masukkan butiran yang disalin dan sahkan pemindahan dana anda.
Nota: Tolong pastikan kod Reference 2 atau Other Payment Details diletakkan pada butiran Other Payment Details semasa pemindahan dana kerana maklumat ini penting untuk pasukan kami mengesahkan pemindahan dana anda.
4. Setelah selesai, buka aplikasi bank Boost dan berikan pengesahan anda mengenai pemindahan dana dan anda akan dibawa ke halaman Dashboard.