Saya tidak menerima sebarang TAC/OTP dalam proses pendaftaran.
Terdapat beberapa kemungkinan mengapa perkara ini berlaku:
1. Nombor mudah alih anda mungkin dimasukkan dengan salah.
2. Pengendali rangkaian mudah alih anda mungkin mengambil masa lebih lama dari biasa untuk menghantar kod OTP kepada anda, cuba klik butang ""Tidak menerima? (Resend Button)"" dan tunggu beberapa ketika lagi.
Berikut adalah beberapa langkah penyelesaian yang boleh anda cuba untuk menyelesaikan masalah ini:
1. Pastikan bahawa SMS dari shortcode tidak disekat di peranti mudah alih anda atau oleh pembekal telekomunikasi anda.
2. Pastikan anda mempunyai sambungan mudah alih yang stabil. Kami mencadangkan anda menukar antara WIFI dan data mudah alih, dan cuba lagi untuk meminta kod OTP.
3. Jika anda telah menukar nombor mudah alih anda, sila ambil perhatian bahawa kod OTP hanya akan dihantar ke nombor mudah alih lama anda jika anda log masuk dari peranti baru atau cuba untuk menetapkan semula kata laluan anda.
Jika masalah berterusan, sila hantar emel kepada support@myboostbank.co untuk bantuan selanjutnya.