Bolehkah saya mengemas kini maklumat peribadi yang dihantar semasa pendaftaran Boost Bank?
Ya, anda boleh mengedit maklumat yang telah diberikan. Untuk mengemas kini maklumat anda dalam aplikasi Boost Bank, sila ikuti langkah berikut:
1. Ketik ikon ‘Profile’
2. Ketik ‘My Info’
3. Edit maklumat hubungan, pekerjaan atau alamat anda
Namun, anda tidak boleh mengedit nama dan nombor MyKad kerana ia terikat dengan butiran MyKad anda.
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan kami di support@myboostbank.co untuk bantuan.