Bagaimanakah cara untuk mendaftar akaun?
Untuk mendaftar akaun baru, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:
Langkah 1: Baca Terma & Syarat dan klik "Next"
Langkah 2: Setelah anda memasukkan nombor telefon, masukkan nombor OTP (diterima melalui SMS)
Langkah 3: Cipta dan sahkan nama pengguna yang akan digunakan untuk log masuk peranti baru
Langkah 4: Cipta dan sahkan PIN bank anda
Langkah 5: Anda boleh menetapkan log masuk biometrik dengan peranti anda
Langkah 6: Setelah selesai, anda perlu mengesahkan akaun anda dengan selfie dan MyKad anda
Langkah 7: Pastikan kedudukan MyKad berada dalam bingkai.
Langkah 8: Pastikan selfie jelas dan mudah dikenali, dan klik "Next"
Langkah 9: Isi butiran peribadi anda dan anda sudah selesai!"