Apakah kadar pulangan yang akan saya perolehi?
| Tempoh Simpanan | Faedah | Pembayaran Bonus (kadar setara) | Faedah + Bonus (kadar setara) |
| 3 bulan | 2.50% p.a. | 1.05% p.a. | 3.55% p.a. |
| 6 bulan | 2.50% p.a. | 1.50% p.a. | 4.00% p.a. |
Nota:
- Faedah adalah sebanyak 2.50% p.a., dikira berasaskan pengiraan 365 hari setahun dan dikreditkan setiap hari ke dalam "Ke-Jar" anda.
- Pembayaran Bonus ialah pembayaran sekali gus berdasarkan peratusan tetap daripada prinsipal anda (jumlah amaun yang dimasukkan semasa anda mencipta "Ke-Jar"). Pembayaran ini bukan faedah dan hanya akan dibayar selepas "Ke-Jar" matang. Pengiraannya adalah: kadar yang dinyatakan × (jumlah hari dalam tempoh simpanan anda ÷ 365) × prinsipal anda. Sebagai contoh, simpanan sebanyak RM10,000 di dalam "Ke-Jar" akan memperolehi Pembayaran Bonus sekitar RM25.89 untuk tempoh 3 bulan, atau sekitar RM73.97 untuk tempoh 6 bulan.
Kadar ganjaran anda adalah tetap bagi tempoh simpanan yang telah dipilih semasa mencipta "Ke-Jar"