Mengapakah saya masih boleh mengakses dan menggunakan Aplikasi Boost Bank walaupun OS peranti saya lebih rendah daripada keperluan aplikasi?
Sehingga kami menghentikan sokongan bagi sesuatu OS, anda masih boleh mengakses Aplikasi Boost Bank melalui peranti yang menjalankan OS lama.
Walau bagaimanapun, had pemindahan bulanan anda akan ditetapkan pada RM10,000. Selain itu, OS lama terdedah kepada serangan virus dan perisian hasad yang boleh menyebabkan kerugian kewangan dan kebocoran maklumat peribadi.