Bilakah perlindungan anda bermula dan tamat?
(a) Perjalanan Domestik:
Perlindungan akan bermula dari masa Individu Diinsuranskan berlepas ke destinasi di Malaysia dan dalam masa yang tidak melebihi daripada dua puluh empat (24) jam sebelum waktu berlepas dan akan berakhir pada mana-mana keadaan berikut yang berlaku dulu:
(i) tujuh (7) hari dari tarikh polisi kuat kuasa; atau
(ii) Individu Diinsuranskan pulang ke rumah.
(b) Perjalanan Antarabangsa:
Perlindungan bermula semasa Individu Diinsuranskan berlepas di Malaysia untuk perjalanan ke destinasi luar negara dan dalam masa yang tidak melebihi daripada dua puluh empat (24) jam sebelum waktu berlepas dan akan berakhir pada mana-mana keadaan berikut yang berlaku dulu:
(i) tujuh (7) hari dari tarikh kuat kuasa;
(ii) Individu Diinsuranskan pulang ke rumah; atau
(iii) dua puluh empat (24) jam selepas ketibaan di Malaysia.