Bilakah perlindungan saya bermula dan tamat?
Perjalanan Antarabangsa:
Perlindungan akan bermula dari masa meninggalkan rumah ke destinasi di luar Malaysia dan dalam masa yang tidak lebih daripada dua puluh empat (24) jam sebelum waktu berlepas dan perlindungan akan tamat pada salah satu keadaan berikut yang berlaku dulu:
(i) tamat tempoh insurans;
(ii) ahli yang diinsuranskan pulang ke rumah; atau
(iii) dua puluh empat (24) jam selepas ketibaan di Malaysia.
Untuk perjalanan antarabangsa sehala, perlindungan akan tamat pada tujuh puluh dua (72) jam selepas ketibaan di destinasi terakhir di luar negara. Sebarang persinggahan untuk perjalanan sehala tidak boleh melebihi tiga puluh (30) hari.
Perjalanan Domestik:
Perlindungan akan bermula apabila individu yang diinsuranskan meninggalkan rumah untuk perjalanan terus ke destinasi di dalam Malaysia dan berakhir pada salah satu keadaan berikut yang berlaku dulu:
(i) tamat tempoh insurans;
(ii) individu yang diinsuranskan pulang ke rumah.