Adakah setiap orang yang diinsuranskan layak kepada had individu atau had agregat?
Setiap individu yang diinsuranskan layak kepada had individu seperti yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat dalam Helaian Pendedahan Produk (Product Disclosure Sheet) atau Sijil Insurans (Certificate of Insurance) yang dihantar kepada Pemohon Utama. Walau bagaimanapun, beberapa manfaat akan tertakluk kepada had berikut:
Had Manfaat bagi Kematian Akibat Kemalangan/Kehilangan Upaya Kekal, Perbelanjaan Perubatan, Perbelanjaan Perubatan Selepas Perjalanan, Penghantaran Perubatan Kecemasan dan Repatriasi serta Penghantaran Pulang Jenazah akan dikurangkan berdasarkan kriteria berikut:
(a) jika individu yang diinsuranskan berumur 70 tahun dan ke atas, had Manfaat akan dihadkan kepada 50%; dan
(b) jika individu yang diinsuranskan berumur antara 2 tahun ke 18 tahun atau 23 tahun di bawah dan merupakan pelajar sepenuh masa, had Manfaat akan dihadkan kepada 50%;
(c) jika individu yang diinsuranskan berumur di bawah 2 tahun, had Manfaat akan dihadkan kepada 10%.