Apa yang berlaku jika saya terlepas bayaran ansuran?
Kegagalan membuat bayaran balik boleh menyebabkan:
• Faedah Lewat Bayar: 8% setahun ke atas jumlah tertunggak.
• Hak Set-Off: Bank berhak menolak jumlah tertunggak daripada mana-mana akaun anda yang diselenggara di Bank, dengan notis awal sekurang-kurangnya 7 hari kalendar.
• Tindakan Undang-undang: Kegagalan menyelesaikan bayaran boleh menjejaskan rekod kredit anda.
• Pengambilan Balik: Bank boleh menarik balik motosikal jika:
– Dua (2) ansuran berturut-turut tidak dibayar.
– Ansuran terakhir gagal dibayar.
– Empat (4) ansuran berturut-turut tidak dibayar oleh waris sekiranya peminjam meninggal dunia.