Bagaimana proses pengambilan balik?
1. Notis Niat Ambil Balik: Bank akan mengeluarkan notis 21 hari untuk menyelesaikan tunggakan.
2. Notis Susulan: Jika tiada bayaran selepas 14 hari, notis kedua akan dikeluarkan.
3. Proses Ambil Balik: Selepas tempoh notis tamat, Bank boleh melantik ejen repossessor berlesen untuk mengambil motosikal.
4. Notis Tebus: Selepas pengambilan, peminjam ada 21 hari untuk:
a. Membayar semua tunggakan dan caj untuk dapatkan semula motosikal.
b. Menyelesaikan baki pinjaman sepenuhnya.
c. Mencari pembeli untuk membeli motosikal pada harga yang ditetapkan Bank.
5. Pelepasan Kenderaan: Jika tiada tindakan, Bank boleh menjual motosikal melalui lelong awam atau jualan persendirian untuk menutup baki tertunggak.