Bagaimanakah cara untuk menukar atau mengemas kini had QR Pay saya?
Untuk mengemas kini had QR Pay anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Pada halaman utama, ketik “Profil” > “Tetapan Akaun” > “Urus Had (Manage Limit)”.
2. Masukkan nombor PIN anda untuk meneruskan.
3. Pilih salah satu pilihan berikut:
• “Transfer & QR to Other Users” untuk menetapkan had baharu bagi transaksi QR Pay kepada individu; atau
• “QR Pay to Merchant” untuk menetapkan had baharu bagi pembayaran QR kepada peniaga.
Nota: QR Pay kepada individu berkongsi had yang sama dengan transaksi DuitNow Transfer.
4. Ketik butang “Luluskan (Approve)” untuk mengesahkan had baharu anda.
5. Skrin “Berjaya” akan dipaparkan apabila had berjaya dikemas kini.