Bagaimanakah cara untuk menerima bayaran menggunakan QR Pay?
Untuk menerima bayaran menggunakan QR Pay, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Pada papan pemuka, ketik ikon “QR Pay”.
2. Pilih tab “Terima (Receive)”. Kod QR untuk akaun yang ingin menerima bayaran akan dipaparkan di skrin.
3. Anda boleh sama ada:
• Menunjukkan kod QR anda kepada pembayar untuk diimbas bagi bayaran segera; ATAU
• Ketik “Kongsi Kod QR (Share QR Code)” dan pilih saluran perkongsian yang diingini.
4. Pembayar perlu memasukkan jumlah bayaran secara manual untuk kod QR statik tersebut dan melengkapkan transaksi.