Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran menggunakan QR Pay?
Untuk membuat pembayaran menggunakan QR Pay, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Pada papan pemuka (“dashboard”), ketik ikon “QR Pay”.
2. Halakan kamera ke kod QR dan imbas.
3. Masukkan jumlah bayaran dan semak butiran transaksi.
4. Untuk meluluskan bayaran, ketik butang “Luluskan (Approve)”.
Nota: Bagi bayaran melebihi RM1,000, anda perlu memasukkan nombor PIN sebelum pembayaran diluluskan.
5. Skrin “Berjaya” akan dipaparkan sebagai pengesahan transaksi telah selesai.