Siapakah yang layak menerima kadar faedah tambahan 4.7% setahun bagi EdgeProp Jar?
Untuk layak menikmati kadar faedah tambahan 4.7% setahun, anda perlu:
a) Menghadiri acara “YouthFest” yang dianjurkan oleh EdgeProp semasa tempoh kempen
b) Membuka dan mengekalkan Akaun Simpanan Digital Boost Bank
c) Mengaktifkan EdgeProp Jar
d) Menandatangani borang tempahan (booking form) dan perjanjian jual beli (SPA) dengan Sime Darby Property dalam tempoh yang ditetapkan bagi projek terpilih: Hype Residences, Serasi Residences, Damayan, dan SJCC East1
e) Membuat deposit ke dalam EdgeProp Jar
Hanya 10 pelanggan terawal yang memenuhi semua kriteria di atas akan layak menerima kadar faedah tambahan ini.