Berapa lama saya boleh menikmati kadar faedah promosi ini?
Selepas membuka Servay Jar, anda boleh menikmati kadar faedah promosi sepanjang Bulan 1 dan Bulan 2.
Untuk terus menikmati kadar tersebut pada Bulan 3 dan seterusnya, anda perlu memenuhi kriteria transaksi pada Bulan 2. Peraturan ini terpakai sepanjang Tempoh Kempen.
Contoh:
Pengguna A membuka Servay Jar pada 21 Oktober 2024 dan menikmati kadar promosi sehingga 30 November 2024.
Pengguna A berbelanja RM50 di Servay pada 15 November 2024, membolehkan mereka terus menikmati kadar promosi sehingga 31 Disember 2024.
Jika Pengguna A tidak berbelanja di Servay menggunakan Boost pada bulan November 2024, Servay Jar akan dinyahaktifkan pada 1 Disember 2024, dan baki termasuk faedah terkumpul akan dipindahkan ke Akaun Simpanan mereka.