Apa yang perlu saya lakukan jika debit kad Boost Bank saya hilang atau dicuri?
Anda dinasihati untuk sekat kad anda dengan segera melalui aplikasi Boost Bank anda:
1. Log masuk ke aplikasi Boost Bank anda.
2. Di Card Dashboard, pilih “Manage” > “Block Card”.
3. Pilih sebab (“I lost my card” / “Someone stole my card”).
4. Sahkan dengan ketik “Block Card”. Kad akan disekat serta-merta.
Selepas disekat, anda boleh memohon kad gantian. Anda juga boleh hubungi kami di Fraud Hotline: +603 8658 3033 untuk bantuan lanjut.
Yuran gantian kad kerana hilang, dicuri atau rosak ialah RM12.