Adakah terdapat caj untuk kad debit Boost Bank?
Ya. Caj yang dikenakan adalah seperti berikut:
| Penerangan | Caj |
| Caj tahunan | RM8; Dikecualikan untuk tahun pertama. |
| Caj pengeluaran tunai ATM | Rangkaian MEPS tempatan: RM0.00. Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026, caj pengeluaran tunai antara bank sebanyak RM1.00 akan dikecualikan di ATM MEPS yang mengambil bahagian di seluruh negara. |
| Caj penggantian kad | Penggantian kad disebabkan cip rosak atau pembaharuan kad: Percuma. Penggantian kad disebabkan kad hilang, dicuri atau rosak: RM12. |
| Caj penukaran mata wang asing | 1.25% daripada jumlah transaksi, ditambah dengan sebarang caj lain yang mungkin dikenakan oleh Mastercard. |
Nota: Semua caj termasuk cukai (jika berkenaan).