Bagaimana saya boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan transaksi dalam talian pada Kad Debit Boost Bank saya?
Fungsi Transaksi Dalam Talian (Online Transactions) boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan melalui aplikasi Boost Bank Mobile Banking dengan langkah berikut:
- Log masuk ke aplikasi Boost Bank Mobile Banking.
- Pada halaman Card Dashboard, tekan butang “Manage”.
- Pilih “Card Controls” untuk melihat tetapan semasa kad anda.
- Togol “Online Transactions” untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi tersebut.
Untuk nyahaktif, tekan butang “Disable” bagi mengesahkan. Selepas itu, transaksi dalam talian akan dinyahaktifkan.
Setelah diaktifkan, anda boleh menyahaktifkan fungsi ini pada bila-bila masa melalui aplikasi. Walau bagaimanapun, jika anda ingin membuat transaksi dalam talian semula, anda perlu mengaktifkan fungsi ini sekali lagi.