Apakah ciri keselamatan yang terdapat pada Boost Bank Debit Card?
Cip & PIN Pintar – Kad ini menggunakan teknologi cip dan PIN terkini untuk melindungi maklumat akaun dan dana anda.
Amaran Transaksi Dalam Aplikasi – Notifikasi masa nyata akan dihantar ke nombor mudah alih berdaftar anda untuk setiap transaksi yang dibuat.
Pengesahan 3D Secure – Anda akan diminta mengesahkan transaksi atas talian di pedagang yang menyokong 3D Secure melalui Authenticator dalam Boost Bank Mobile Banking.