Mengapakah transaksi saya menggunakan Boost Bank Debit Card ditolak?
Antara sebab lazim transaksi ditolak ialah:
(i) Baki tidak mencukupi dalam Digital Savings Account anda. Sila tambah dana untuk meneruskan pembelian.
(ii) Amaun pra-kebenaran masih ditahan, menyebabkan baki tidak mencukupi.
(iii) Amaun transaksi melebihi had harian. Anda boleh ubah had dalam Boost Bank Mobile Banking.
(iv) Untuk transaksi Card-Not-Present (CNP) (cth: pembelian atas talian), kad anda mungkin belum diaktifkan untuk transaksi atas talian. Aktifkan melalui aplikasi.
(v) Untuk transaksi luar negara, kad anda mungkin belum diaktifkan untuk Overseas Transactions. Aktifkan melalui aplikasi.